Semoga Allah memberkati!

 

Dato’ Imam Mahat bin Mohd Said. memanggil, “Asmawi Ani!”

Asmawi menyahut,”Saya..”

Berkata Datuk Imam Mahat, “Zawwajtuka wa ankahtuka..”

Wah, dalam Bahasa Arab! Tertegun aku seketika yang mendengar siaran langsung tersebut melalui corong radio saluran EraFM

Sambung beliau lagi,”..aku kahwinkan kau dan nikahkan kau dengan Nor’ashikin bt Rahmat dengan berwakilkan aku dengan mas kahwin RM22.50..tunaai.

Laa, sikit je bahasa Arabnya. Hilang terus perasaan kagum aku pada majlis pernikahan yang digelar para wartawan sebagai “Wedding of the Year” ini.

Walau apa pun, sebagai Muslim, kita gembira dengan terbinanya lagi sebuah rumah tangga menurut syariat Islam.

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keberkatan ke atas kedua-dua mempelai ini, Asmawi dan Nor’ashikin a.k.a Mawi dan Ekin. 🙂

doa-untuk-pengantin1

“Semoga Allah memberkatimu (Mawi) dan mengurniakan keberkatan (daripada perkahwinan ini) ke atasmu (Mawi) dan menghimpunkan kamu berdua (Mawi dan Ekin) dalam (sebarang) kebaikan”

Ameen!

Daripada,
Husaini Ibrahim dan keluarga
34000 Taiping

4 Responses to “Semoga Allah memberkati!”


  1. 1irshadian

    heeehee kalau buat Arab sepenuhnya takut isu bahasa pulak timbul, tak memartabatkan bahasa melayu nanti.

    tuan syeikh, asyik entri kahwin la, walimah dan pinangan kudus pulak akhir2 ni.

  2. 2husainibrahim

    Tak timbulnya isu bahasa kerana persepsi orang ramai, bahawa lebih Arabik lebih Islamik. Tak gitu 😉

    Adapun pasal entri-entri yang nampak berkaitan tu, tak ada apa sebenarnya. Dah musim orang mendirikan rumah tangga..kan tengah cuti sekolah ni 😀

  3. 3wafa

    alhamdulillah..akhirnya mrk tlh diijabkabulkn..walaupun sya masih blum mndirikn rumhtangga,tp sya dpt merasa kebahagiaan yg ada..smoga psgn ini akn kkl hingga ke akhir hayat..amiiiin.

  4. 4husainibrahim

    Alhamdulillah…semoga kebahagiaan yang dirasai itu bakal dirasai oleh wafa juga satu hari nanti..Ameen 🙂

Leave a Reply