Semoga kekal hingga ke Syurga!

Esok dan lusa, 13 & 14 Disember 2008, Insya Allah saya dan rakan-rakan akan menghadiri majlis akad nikah dan walimah rakan sebilikku dan seKulliyyahku, Mohd Asyraf Mohd Ariff a.k.a. Acap dan rakan sekursus kami Salwa Zhari.

Alhamdulillah, mereka bakal menjadi pasangan ketiga di kalangan 042 batch yang melangsungkan pernikahan selepas pasangan Hanif-Hayati dan Syazwan-Nadiah yang juga melangkah ke alam perkahwinan pada tahun ini, 2008-1429H.

Pasangan Hanif dan Hayati memilih tarikh perkahwinan mereka pada 12 April manakala Syazwan dan Nadiah pula pada 19 Julai. Kini pasangan Asyraf dan Salwa pula memilih 14 Disember sebagai tarikh keramat mereka bergelar pasangan suami isteri.

Saya mengenali Salwa sejak di Pusat Matrikulasi UIAM, Petaling Jaya (kini dikenali sebagai Pusat Asasi UIA) pada semester II sessi pengajian 2003/2004 apabila kami sekelas dan se’perjuangan’ menerajui Persatuan Pelajar-pelajar Kejuruteraan (Engenius) di bawah biro yang berbeza, saya di bawah Biro Kebajikan dan Salwa di bawah Biro Dakwah dan Tarbiah.

Sepanjang mengenali beliau, beliau seorang yang aktif, mempunyai perwatakan yang baik, bercirikan kepemimpinan yang bagus malah beliau jarang menolak untuk tidak aktif dalam sesuatu aktiviti yang bersifat dakwah.

Asyraf pula saya kenali sewaktu mengambil Subjek Math III dalam semester pendek di Pusat Matrikulasi UIAM. Ketika itu, beliau seorang yang pendiam dan suka tersenyum. Saya kembali bertemunya apabila masuk ke Gombak dan menginap sebilik dengannya sewaktu sessi pendaftaran penginapan bagi Semester III Sessi 2004/2005. Sejak itu, kami sebilik sehingga ke semester akhir beliau di Gombak selama 7 semester.

Mengenali Asyraf atau Acap memberikan saya persepsi berbeza tentangnya berbanding Salwa. Acap lebih gemar aktif bersukan dengan sukan kegemarannya, bola keranjang. Jarang sekali dalam seminggu untuk beliau tidak turun ke gelanggang bermain bola keranjang biarpun kadang-kadang pada waktu malam. Namun, keaktifannya dalam sukan tersebut tidak menyebabkan keciciran beliau dalam pelajaran malah beliau merupakan salah seorang pelajar yang cemerlang dalam batch kami, dalam pengkhususan Kejuruteraan Bioteknologi.

Masih segar dalam ingatan saya, pada 2 tahun yang lalu, apabila saya bersama-sama Firs dan Zaim mengiringi beliau pergi ke rumah Salwa untuk Acap bertemu dengan bapa Salwa untuk ‘melamar’ dan memohon restunya terhadap perhubungan mereka. Alhamdulillah, kini mereka telah hampir menjadi suami dan isteri.

Saya mendoakan kedua-dua rakan sebatch dan sekursus dengan saya ini kehidupan yang berkat, dirahmati Allah dan berbahagia hingga ke Syurga-Nya, Ameen.

Jom, kita sama-sama berdoa kepada mereka dengan doa ini!

“Semoga Allah mengurniakan keberkatan buat engkau (Asyraf), dan keberkatan daripada perkahwinan ini ke atas engkau (Asyraf) dan mengumpulkan kamu berdua (Asyraf dan Salwa) dalam kebaikan”

Khas untuk mereka berdua, saya tujukan lagu ini Selamat Pengantin Baru – Hijjaz

selamat pengantin baru – hijjaz

# SELAMAT PENGANTIN BARU #

Bila Dua Hati Dah Terjalin
Selamatlah Pengantin Kami Doakan
Moga Redha Allah Bersinar Selalu
Tanda Bermula Bahtera Hidup

Dalam Melayari Bahtera Rumahtangga
Ada Masa Tenang Dan Masa Gelisah
Jangan Nafsu Diikut Melulu
Sabar dan Kemaafan Itu Perlu

Beginilah Resam Manusia
Tak Lari Dari Ketentuan Ilahi
Suami Ketua Isteri Pembantu
Melangkah Hidup Saling Berpadu
Susah Dan Senang Hadapi Bersama
Moga Kekal Ke Anak Cucu

Moga Kekal Hingga Ke Syurga

9 Responses to “Semoga kekal hingga ke Syurga!”


  1. 1Faiz Faiza

    Addla gambar masa walimah tu…Acap dah keje kat mana?

  2. 2lydecker86

    wah!! acap da kawen? wuwu~ ucapkan tahniah kepada mereka tolong..

    BaarakalLahu lakuma wa jama’a bainakuma fi khair ameen..~

  3. 3husainibrahim

    Saya tak bawa kamera waktu tu kerana tumpangkan kamera DSLR kawan, nanti saya copy gambar-gambar tersebut, saya kongsikan ek. Takpun kalau ada kawan-kawan yang upload di Facebook, i’ll let you know 😉

  4. 4husainibrahim

    Oh ya, Acap tak keja lagi. Baru saja menghabiskan FYPnya bersama-sama isterinya. Insya Allah kalau tiada aral melintang, dia akan sambung Master di UTM tahun depan dengan fellowship USM.

  5. 5siti yusrina nadihah

    Salam husaini…afwan, lama tak berkunjung ke laman web ni..sbb tu saya hampir ter-out-of-date dgn entries blog awak….

    Subhanallah….tumpang gembira buat Acap dan Salwa (even hakikatnya saya tak pernah mengenali diri Salwa…tapi inshaAllah, dari description awak…i\’m sure she\’s a very good muslimah…inshaAllah.)

    Agak-agaknya siapa yang bakal menyoroti langkah mereka ye? (Soalan bernada retorik….)

    Anyhow…really glad to know you guys back in UMBI…4 sekawan (Shah, Acap, Khayr and You)…thanks heaps for letting me to be a part of your lifetime (even just for a month…huhuh)

    As always….mohon titipan doa dari sahabat yang ikhlas buat perjuangan ilmu saya di bumi Queensland…dan mudah-mudahan Acap berjaya dengan impiannya untuk ke UNSW…Amin

    P/s: Saya mmg sokong penuh niat baik Acap sejak dari UMBI lagi…maybe because I\’m just so attached to Aussie…so, bila dgr ada yg nak ke sini…i\’m just so excited…well, the more…the merrier (\",)

    Wallahu ta\’ala a\’laam….Allah yubarik fik

  6. 6Kak Atikah

    Eh, Acap dah kahwin? baarakallahu fiihi wazaujatihi..

    Erm.. ramai adik2 yang mendahului nampak.. takper2..
    Hussaini bila lagi ? (“,)

  7. 7husainibrahim

    “ramai adik-adik yang mendahului..” itu maknanya akak tak boleh lama lah, takpa..saya bagi akak dulu 😀

  1. […] setiap kali aku menghadiri majlis akad nikah atau walimah rakan-rakanku yang lain; Syazwan-Nadiah, Asyraf-Salwa, Azim-Najia dan lain-lain […]

  2. […] tidak sedar, kini tahun kedua usia perkahwinan mereka telah hampir genap. Entri ucapan tahniah dan doa saya terhadap zawaj mereka masih kekal utuh dalam blog ini beberapa muka ke belakang. Masih kekal di […]

Leave a Reply