Seribu Dinar lebih mahal!

Suasana di restoren Mai Sepinggan malam itu begitu hingar, bunyi perbualan pelanggan berselang-seli dengan suara televisyen yang dipasang. Najib bersuara, “ramai sungguh orang malam ni ye?”

Seraya menghembuskan asap rokoknya, Mahadhir menjawab, “bukan malam ni sahaja, memang tiap-tiap hari restoren ini dipenuhi pelanggan.”

Anuwar mengangguk-angguk mengiyakan, “selain depa ni servis bagus, order pun dapat cepat. Ke ada faktor-faktor lain?”

Tiba-tiba matanya menumpu kepada satu ayat yang tergantung di dinding kedai itu dibelakangi oleh pekerja yang menjaga kaunter.

Sambil mengunjukkan tangannya ke suatu arah, Anuwar berkata, “ha, cuba hangpa tengok tu. Ada Ayat Seribu Dinar, tu pasai restoren ni laku habih!”

Hadiey yang sejak dari tadi mendengar, menyampuk dengan berkata, “cuba kome pikio, ngape nama dia Seribu Dinar idak Seribu RM?”

Tanpa menunggu jawapan, dia menyambung, “sebab Seribu Dinar lagi mahey dari Seribu RM! Ha..ha..ha.”

0 Responses to “Seribu Dinar lebih mahal!”


  1. No Comments

Leave a Reply