Simpler is always better

“Apa ‘palpitation’ dalam bahasa Melayu?” Afiq mengangkat kening merenung empat bakal doktor muda di keliling meja itu. Sekilas dia mengukir senyum mengusik ke arah Jo.

Senyap. Tak ada yang menjawab. Semua berkerut dahi memikir.

“Ana? Palpitation?”

Ana cuba menahan muka dari beriak. “Palpitasi.” Ujarnya selamba. Ketawa pecah di meja hari itu.

Palpitation…palpitation…” Jo memetik jari sambil memandang siling malam ini. “Betul jugak apa yang Along kata tu. Kalau patient macam nenek aku, takkan aku nak tanya dia ‘makcik ada rasa palpitation atau palpitasi atau apa-apa seumpama dengannya’. Mau kena baling dengan terompah cakap bahasa orang tak faham.” – Petikan Novel 5 Tahun 5 Bulan oleh Hlovet

“Simpler is always better”

Itu tag yang digunakan oleh sahabat saya untuk blognya. Mungkin dia maksudkan pada theme blognya. Mungkin juga dia maksudkan lebih daripada itu.

Ya, yang ringkas itu selalunya lebih baik dan memudahkan.

MESIN BESAR

“Korang belajar apa engineering di UIA?” Tanya kak Bahiyah a.k.a. kak Bai, salah seorang staf tempat saya dan rakan-rakan berpraktikal.

“Belajar pasal mesin-mesin besar, bioreactor..erm..macam tula..,” jawab Asyraf, rakan sekursus dengan saya yang juga berpraktikal di situ.

“Di sini pun ada mesin-mesin besar, dHPLC, Genetic Analyzer, Bioanalyzer, Microarray..,”jawab kak Bai meningkas jawapan Asyraf.

Microarray machine

Microarray machine

Kami hanya terdiam dan menghulurkan senyuman sebagai sedekah. Matlamat tak tercapai untuk memberitahu tentang kursus kami di UIA, Ijazah Sarjana Muda Biokimia (Bioteknologi).

KERJA

“Husaini ambil kejuruteraan,kan di UIA? Majoring apa?” Tanya Pak Teh sewaktu pulang ke kampung halaman abah raya tempoh hari.

“Err..ambil Bioteknologi..nanti kerja boleh masuk bidang environment, bidang farmaseutikal..” saya menjawab dengan serba tak meyakinkan.

Susah juga nak menerangkan kursus yang tak berapa popular macam Awam, Kimia, dan Mekanikal ni. Padahal Bioteknologi bukannya bidang yang baru sangat sampai tak ada kerja di Malaysia ni kalau nak diterangkan. Hmm…

GENIUS

Mentor selalu mengulang-ulang ayat ini, “genius is about changing something complicated into simple”. Kata-kata yang dikutip daripada John C.Maxwell dalam salah satu bukunya.

Ya, bukan semua orang dikurniakan otak genius seperti itu.

Tetapi semua orang juga harus untuk belajar menjadi genius.

Belajar menerangkan palpitation symptom kepada pesakit yang sebaya dengan nenek kita.

Belajar memahamkan orang dengan kursus yang kita jalani di kampus dan kaitannya dengan alam pekerjaan.

Dan belajar meringkaskan apa-apa jua yang kompleks lagi komplikated kepada sesuatu yang ringkas dan mudah difahami serta sampai mesejnya.

MUDAHKAN PENYAMPAIAN AGAMA

Begitu juga dalam persoalan agama. Mudahkan dan jangan disusahkan penyampaian dan pemahaman agama kepada masyarakat.

Adakalanya yang mudah dan ringkas itulah lebih diingati dan diamalkan berbanding yang panjang dan meleret-leret.

“Ustaz, kalau saya balik Malaysia ni kena pakai tudung ke?” Tanya seorang Datin kepada Dr. Juanda setelah selesai ibadah hajinya sempurna ditunaikan.

“Ya,kena pakai,”jawab Dr. Juanda ringkas.

“Kalau saya tak pakai?” soalnya kembali.

“Berdosalah,” jawab pula Dr. Juanda dengan jawapan yang ringkas. Tiada ceramah panjang untuk mak Datin tersebut.

Akhirnya, setelah kembali ke tanahair tiada lagi kedengaran berita mengenai wanita elit tersebut. Dr. Juanda menceritakan bahawa tidak lama kemudian mereka bertemu kembali secara tidak sengaja dan Alhamdulillah wanita tersebut istiqamah bertudung litup.

AGAMA ITU RUHNYA MUDAH

Selain memudahkan penyampaian agama, satu perkara yang patut dihayati oleh para da’ie dan sesiapa yang bergelar penyampai ilmu-ilmu agama hendaklah menghayati akan ruh agama Islam yang mudah.
Islam jauh daripada kesempitan ta’asub yang melanda umatnya sebagaimana Islam jauh daripada kelonggaran liberal yang menghancurkan agama.

Berilah hukum yang mudah yang ditemui dalam Firman atau Sabda berbanding hukum yang payah yang menyulitkan pengamalnya lagi tiada asalnya.

“Tak sempat kita nak solat Maghrib ni, teruk jammed ni,” kata seorang kawan ketika memandu pulang dari ibukota ke kampus.

“Apalagi, Maghrisy la kita…kan Husain?” jawab seorang lagi sambil meminta penjelasan.

“A’ah, Maghrisy..kita jamakla Maghrib dalam Isyak dah sampai kampus nanti,” jawabku menerangkan.

“Mana pulak macam tu, kita bukan musafir nak jamak-jamak ni, kita kena solat hormat waktu nanti dah sampai kita qadha la balik,” bidas si pemandu merangkap kawan pertama yang meluahkan rasa hatinya mula-mula tadi.

“Tak payah..kan susah tu, nak solat dua kali..lagipun jamak tak semestinya dalam musafir. Zaman Nabi dulu baginda jamak solat kerana hujan lebat je, tak tunggu musafir pun” jawabku memberi penjelasan.

“Haa, betul tu..baik jamak je..lagi senang,” tambah Firdaus yang sejak tadi mendiamkan diri.

MEMUDAHKAN BUKAN MEREMEHKAN AGAMA

Ada orang yang seakan-akan tidak gemar kepada mudahnya agama ni sehinggakan beranggapan bahawa ia sesuatu yang remeh dan tidak beroleh banyak pahala.

Yang susah itu lebih banyak pahalanya, fikirnya begitu. Lebih rela memilih zikir yang panjang berjela tidak bersanad daripada Rasul berbanding zikir empat kerat ajaran Rasul yang ringan di lidah tapi berat di timbangan-Nya.

Sedangkan Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam pun diriwayatkan bahawa seandainya baginda mempunyai pilihan antara kedua-dua yang salah satunya lebih mudah, maka baginda memilih yang mudah. Apakah kita memilih yang sukar kononnya ingin lebih pahala?

Maksudnya: ” Daripada Abu Musa berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam ketika menghantar seseorang daripada para sahabatnya untuk sesuatu perkara, baginda bersabda ‘Gembirakanlah jangan sedihkan, mudahkanlah dan jangan kamu menyusahkan.” (Hadith Riwayat Muslim)

Sesungguhnya benarlah kata-kata itu.

Simpler is always better.

Pilihlah untuk memudahkan bukan menyusahkan.

Husaini Ibrahim @ www.husainibrahim.com
53100 Gombak

13 Responses to “Simpler is always better”


  1. 1As

    (: just loved the entry

    Islam itu mudah, tapi bukan untuk dipermudahkan

    memang agak susah nak explain certain courses yang diambil, tapi boleh dimudahkan dalam konsep yang difahami. I am also in a course which is very hard to be explained to others. 😀

    untuk musafir namanya qasar..dan jama’ untuk segala* perkara yang menyebabkan kita tak boleh nak tunaikan solat pd waktunya.

    *depends

    take care

  2. 2ashraflatif

    dah tukar. pikir mati is simpler maa. hahaha.

    sama la.
    =amik kos ape?
    +kom-yu enjiniering
    =ape tu?
    +henset, astro, antenna
    =ooooooo

  3. 3husainibrahim

    Bukan apa As, kebanyakan masyarakat kita faham bahawa jamak dan qasar itu satu pakej. Kalau jamak mesti qasar dan mesti kena musafir.

    Betullah tu, cuma peruntukan jamak tidak terhad kepada musafir sahaja seperti qasar.

  4. 4faizah

    Love this entry!

    Simpler is always better..

  5. 5ashraflatif

    haaa. dah tukar tagline gwe. huhuhu

  6. 6husainibrahim

    Haha..nice..! Indirectly, supporting this entry.

  7. 7Leokid

    Occam’s Razor

    “All other things being equal, the simplest solution is the best”

    Bukan dalam medic sahaja prinsip Occam’s Razor ini digunapakai. Patut difahami oleh para da’ie juga nampaknya.

    Kadang-kadang benda yang simple ini la yang slalu kita terlepas pandang. Kadang2 benda yang simple kita anggap remeh, tak penting.

    Teringat filem Evan Mighty itu. How to change the world? One ARK (One Act of Random Kindness at a time). =)

    Salam ziarah.

  8. 8husainibrahim

    Jazakallah khairaa leokid atas ziarah. Komen nta memberikan kredit tambahan kepada entri ini.

  9. 9djambu

    salam…palpitation…jantung rasa berdebar-debar… 🙂

  10. 10effysaiful

    couldn’t agree more with this article.. an eye-opening one.. congrats =)

  11. 11sai

    best2 !

  12. 12nik amirul

    bang,sy akan msok uia cos same cm abg,,boleh tolong terangkan saya tak pasal cos tu..?

  13. 13Husaini Ibrahim

    Alhamdulillah, berjaya masuk UIA. Kiranya juniorlah ni 🙂

    Ringkasnya, kalau ikut nama yang didaftarkan dengan BEM dan IEM, kursus kita bernama Biochemical-Biotechnology Engineering. Selain ada aspek-aspek kejuruteraan yang kita belajar, kita juga belajar aspek sains biologi, sains biokimia, mikrobiologi, tisu dan sel, DNA dan sebagainya. Bahkan bahagian paling menarik ialah genetic engineering, kalau minat CSI akan nampak direct applicationsnya dalam dunia nyata. Tapi CSI guna teknologi canggih, cuma kita yang belajar ni fahamlah konsep-konsep di sebalik setiap yang mereka buat ujikaji tuh walaupun ringkas sahaja.

    Itu saja, selamat belajar sehingga graduasi. Kena banyak membaca awal sebelum kelas. Semoga berjaya!

Leave a Reply