Apabila memahami Sunnah Rasulullah SAW

“Husaini, lama tak update blog?” tanya seorang ‘peminat’.

“Ai, berita Ust Akhil tu bukan update ke?” aku cuba ‘melenting’ dengan menjawab sedemikian.

“Kami pun boleh ‘kopi pes’ berita itu, itu sekadar berita, kami mahukan tulisan, idea, dan curahan emosi anta,” jawabnya kembali.

“Amboi, curahan emosi tu…tak tahan telinga mendengar, terasa hati tergeletek, mulut saja yang belum tergelak.”

“Hari ini kita tonton video sajalah, ana rasa kadang-kadang kita terlupa pada perkara asas tetapi penting ini, ” aku menyusun jawapan.

“Video pasal apa?”

“Apabila memahami Sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.” Read More

Dr Mujahid: Akhil perlu tangani masalah dengan bijak

Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN

PASTINYA bukan mudah menjadi ‘public figure’ dalam masyarakat, lebih-lebih lagi bila kita punya latar belakang agama yang kuat.

Apa sahaja yang dilakukan pasti menjadi ukuran, yang akan dinilai baik atau buruknya.

Jika apa yang melanda itu melibatkan peribadi lebih-lebih lagi kisah kontrvresi pastilah ia cepat dinilai dari aspek negatif.

Maka hilanglah ‘imej bersih dan baik’ yang dipaparkan kepada masyarakat maka timbulah pula cemuhan dan cacian kepada si empunya diri.

Itulah harga yang perlu dibayar oleh penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy. Semuanya bermula gara-gara akil digosipkan bercinta dengan penyanyi kelahiran Johor Bharu, Waheeda Abdul Wahab.

Read More