Tag Archive for 'dakwah'

Riba, bunga dan interest

“Mak, itu duit apa?” tanya saya. “Itu duit bunga bank. Mak asingkan supaya tidak bercampur,” jawab emak ringkas menerangkan. Sememangnya di luar bekas tersebut tertulis perkataan ‘Bunga Bank’ “Kenapa pula tidak boleh guna?” tanya saya kurang mengerti. “Sebab dari bank yang tidak Islam. Riba. Hukumnya haram. Tok Guru Nik Aziz kata duit riba kena belanja […]

Mendulang Mutiara Hikmah Perjalanan Hidup Nabi Ibrahim ‘alaihissalam..

Oleh: Al-Ustaz Ruwaifi’ bin Sulaimi Diedit oleh: Mohd Masri bin Mohd Ramli (http://lobaitampin.blogspot.com) Nabi Ibrahim ‘alaihissalam Seorang Teladan Yang Baik Nabi Ibrahim ‘alaihissalam adalah seorang teladan yang baik. Perjalanan hidupnya sentiasa berpijak di atas kebenaran dan tidak pernah meninggalkannya. Posisinya di dalam agama amat tinggi (seorang imam) yang sentiasa patuh kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala […]

Nik Aziz minta Asri bersabar, tulis buku

MOHD. ASRI bertemu Nik Aziz di Pejabat Menteri Besar Kelantan itu di Kota Darulnaim, Kota Bharu semalam. KOTA BHARU – Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin mendapat sokongan daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menasihati beliau supaya bersabar dan terus menulis dengan bersungguh- sungguh. Menurut Mohd. Asri, kunjungan […]

Saya bukan ajak tetapi suruh Asri masuk PAS – Harun Taib

KUALA TERENGGANU, 6 Nov: Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Ustaz Harun Taib yakin Dr. Asri akan menyertai PAS tidak berapa lama lagi. Namun beliau menegaskan,”Saya bukan ajak dia tetapi menyuruh dia masuk PAS.” Ustaz Harun yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu berkata demikian ketika ditemui laman web PAS Terengganu, Buletin Online di pejabatnya, di Taman […]

Nilai Islamik dalam filem dan drama

Aksinya begitu bergaya, mukanya penuh yakin, lantas lidah Ahlil Nujum Negara Masai lancar mengemukakan soalan, “Di manakah terletaknya kekuatan Datuk Laksamana Hang Tuah? Di kerisnyakah? Atau di tenaganyakah?” Ahlil Nujum Negara Beringin Rendang mendengar dengan teliti, berfikir sejenak dan dengan gaya yang penuh keyakinan dan ketenangan, soalan tersebut dijawabnya, “Kekuatan Datuk Laksamana Hang Tuah bukanlah […]

Sekitar Kuliah Maghrib Ust Hussein Yee

Pada dua malam yang lepas, saya berpeluang mengikuti Kuliah Maghrib di Surau an-Naim, Seksyen 5, Wangsa Maju. Kuliah Maghrib disampaikan oleh al-Fadhil Ust Hussein Yee, Pengerusi al-Khaadem Foundation yang bertempat di Sungai Kayu Ara, Damansara. Ust Hussein Yee bukan figura asing bagi saya. Telah beberapa kali saya mendengar ceramahnya baik melalui video, menghadiri markaz al-Khaadem […]

Berpuasa di Bulan Muharram

PENDAHULUAN Kita telah sampai ke dalam bulan Muharram. Bulan awal yang mulia ini adalah bulan pertama dalam Kalendar Hijriah. Seperti yang kita sedia kita maklum, di dalam bulan Muharram inilah ada hari yang telah disunatkan kepada kita untuk berpuasa iaitu puasa hari ‘Asyura. Malah, ada petunjuk dari Rasulullah juga memberi galakan untuk berpuasa pada hari kesembilan […]