Apabila Mufti berpuisi…

Kata penyanyi Aishah yang menyampaikan lagu Derita Hati Seorang Bonda, beliau sendiri terhenti menyanyi kerana tidak dapat menahan sebak ketika rakaman lagu ini dibuat.

“Bait-bait puisinya boleh menghiris hati seorang yang bergelar ibu. Ianya sangat puitis dan sensitif sekali,” jelas Aishah yang meminati puisi-puisi nukilan Dr Asri.

Read More

Nasihat untuk penulis

Terasa janggal apabila setiap hari melayari blog sendiri dan melihat statistik yang bertandang tetapi tidak ada kemas kini yang terbaru untuk dikongsi bersama. Mungkinlah yang bertandang itu hanya mahu bersiar-siar lalu tersinggah di teratakku ini, namun alangkah baiknya andai persinggahan itu kulayani dengan entri atau artikel yang bermanfaat.

Pabila dikatakan penulis, maka pemblog juga termasuk dalam kategori penulis, cuma mereka tidaklah menulis di atas lembaran kertas, hanya keyboard yang diketuk-ketuk untuk perkataan timbul di skrin lalu terpamerlah tulisan di alam maya; laman web, blog dan sebagainya. Read More

Politik yang matang, tahniah YB!

Saya ingin memuji sikap di Parlimen yang ditunjukkan oleh YB Kulim-Bandar Baru semalam yang mengkritik perkara-perkara yang tidak dipersetujuinya sekalipun perkara-perkara tersebut dilakukan oleh partinya sendiri. Read More

Mereka salah menduga

Mereka salah menduga
seakan-akan dia tak punya harga
untuk terus dia berkata
yang benar, yang Hak, dan segala yang daripada Dia
dan juga rasul-Nya
di bumi ini bumi Malaya

Mereka salah menduga
dia bukan mencari harta
jauh sekali pangkat dunia
hanya kerana dia bersuara
berkata apa yang mereka selalu terkena

Mereka salah menduga
Sedang dirinya punya prinsip dan harga
dibeli tiada dijual jangan dicuba
kerana ia mencari peluang berbicara
pada takhta dan kerusi yang entahkan berharga entahkan tiada
Read More

Mufti di Fenomena Seni RTM1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Pernah tengok rancangan Fenomena Seni tak, yang ditayangkan di RTM1 pada setiap malam Jumaat jam 10 malam? Dah lama tak tengok, yela nama pun pasal seni, berbicara tentang seni dan budaya, yang biasanya dijemput sebagai panel-panel ialah mereka yang terlibat dalam bidang seni; artis, produser, penulis lirik dan sebagainya. Tak tengok tu bukan pasal tak minat, tapi tau-tau jelah kalau dah berbicara pasal seni, kadang-kadang menonton drama lebih seronok daripada mendengar forum, tak gitu? Hmm…

Tetapi…
Read More