Masjid Cina pertama dibina di Perak

Okt 8, 2009 (Malaysiakini.Com): Masjid Baru Muhammadiah, masjid Cina Muslim pertama di Perak dan kedua di negara ini, dijangka mula dibina awal tahun depan apabila jawatankuasa penubuhannya memperolehi dana kewangan yang mencukupi.

Penasihat jawatankuasa pembinaan masjid berkenaan Datuk Dr Fadzli Cheah Abdullah berkata segala perancangan termasuk pelan dan seni reka bentuk masjid berkonsep kebudayaan Cina di Taman Tasek Jaya berkenaan telah siap walaupun ada beberapa perkara lagi yang perlu diselesaikan.

“Kita juga sedang mendapatkan pengecualian cukai untuk memohon derma dan sumbangan yang lebih banyak daripada mana-mana pihak.

Read More

Masjid Cina pertama bakal dibina di Ipoh

Assalamua’alaikum dan salah sejahtera,

Pembaca sekalian, isu masjid Cina pernah saya tulis sebelum ini tentang cadangan oleh YB Zulkifli Noordin dan ulasan saya mengenainya.

Sebarang komen sila baca entri di sana dulu ya.

Alhamdulillan wal syukru lillah, setelah terbinanya masjid pelbagai budaya di Kelantan yang mengambil imam pertamanya dari negeri China, hasil ilham oleh Tuan Guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat, kini Perak pula bakal mengikuti langkah yang hampir sama.

Read More

Komunikasi Nonverbal: Condong Badan dan Tutup Mata

Foto di atas bercakap seribu bahasa:

(i) Lihat condong badan Tuanku Dr. Raja Nazrin. Baginda mencondongkan badannya ke arah YAB Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar.

(ii) Dr. Raja Nazrin menutup matanya.

(iii) Lihat jarak dekat antara dua orang yang bercakap itu.

(iv) Lihat condong leher Tuanku Dr. Raja Nazrin.

Foto disalin dari akhbar online MStar.
Entri disalin dari blog UNIKA PTS