Hujan Emas di Sydney – Hari Pertama

09 SEPT 2018 | AHAD | 05.30 PAGI | 30 RIBU KAKI RUANG UDARA MENGHAMPIRI AUSTRALIA

“It is almost sunrise, but I will check with the Captain and get back at you, okay,” suara pramugari Shikin memecah kesunyian dan sedikit mengganggu tidurku. Isteriku yang memanggil beliau ingin bertanyakan waktu Subuh dan tempat solat memandangkan di dalam flight, untuk waktu Subuh kami hanya akan berpandukan waktu sebelum matahari terbit.
Tidak lama kemudian, beliau kembali dan mengatakan,

“It’s almost past sunrise.” Aku yakin aku tak salah dengar. Past sunrise bukankah matahari dah naik? Tapi melihat di tingkap cermin suasana luar masih gelap, tak nampak pun cahaya macam matahari dah terbit.

Bersungguh-sungguh Shikin membantu kami untuk menunaikan solat Subuh, dicadangkan kami agar bersolat di bahagian belakang pesawat berdekatan ruang rehat krew kabin, diambilnya plastik untuk lapik dan ditutup langsir bagi ruangan tersebut agar tidak ada orang masuk. Ruang tersebut memang muat sebesar seorang dewasa solat berdiri merupakan ruang duduk krew kabin sekiranya sewaktu pesawat ingin berlepas dan mendarat. Beliau juga berulang kali ke tempat duduk kami semasa ingin memberitahu akan tempat solat yang akan disediakannya ketika isteriku ke lavaratori.
Read More