Komunikasi Nonverbal: Condong Badan dan Tutup Mata

Foto di atas bercakap seribu bahasa:

(i) Lihat condong badan Tuanku Dr. Raja Nazrin. Baginda mencondongkan badannya ke arah YAB Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar.

(ii) Dr. Raja Nazrin menutup matanya.

(iii) Lihat jarak dekat antara dua orang yang bercakap itu.

(iv) Lihat condong leher Tuanku Dr. Raja Nazrin.

Foto disalin dari akhbar online MStar.
Entri disalin dari blog UNIKA PTS

PANDANGAN PEGUAM ZULKIFLI NOORDIN TERHADAP KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN

Saya berasa (pelik) dengan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali yang membenarkan permohonan Datuk Zambry Kadir untuk menggantung perlaksanaan penghakiman YA Hakim Datuk Abdul Aziz semalam yang mengisytiharan Dato Seri Mohamad Nizar sebagai MB negeri Perak yang sah.

Saya tidak nafikan mana-mana pihak yang terkilan dengan mana-mana keputusan seseorang Hakim berhak untuk membuat rayuan.

Namun undang-undang memperuntukkan di bawah Aturan 13 Kaedah Mahkamah Rayuan bahawa “sesuatu rayuan tidak boleh menggantung penguatkuasaan sesuatu penghakiman”.

Read More