Suara Hati Pak Samad

Yang paling bawah saya fikir adalah buruh, petani, peladang, nelayan; suara mereka daripada awal di rumah adalah suara Melayu yang mana mereka tak bercakap dengan angin, dengan alam dalam Bahasa Inggeris, mereka tak bercakap dengan ombak dengan menggunakan bahasa Inggeris. Mereka bercakap dengan Bahasa Melayu, jadi ini harus disedari. Ingat! Apabila kita mengetahui bahawa Bahasa Melayu sejak awal penubuhan Malaysia dilembagakan sebagai BAHASA RASMI hormatlah itu! Kalau tak pandai hormat itu memang sampai bila-bila akan ada usaha orang yang menentangnya – Pak Samad Said

Read More