Apabila Mufti berpuisi…

Kata penyanyi Aishah yang menyampaikan lagu Derita Hati Seorang Bonda, beliau sendiri terhenti menyanyi kerana tidak dapat menahan sebak ketika rakaman lagu ini dibuat.

“Bait-bait puisinya boleh menghiris hati seorang yang bergelar ibu. Ianya sangat puitis dan sensitif sekali,” jelas Aishah yang¬†meminati puisi-puisi nukilan Dr Asri.

Read More

Mereka salah menduga

Mereka salah menduga
seakan-akan dia tak punya harga
untuk terus dia berkata
yang benar, yang Hak, dan segala yang daripada Dia
dan juga rasul-Nya
di bumi ini bumi Malaya

Mereka salah menduga
dia bukan mencari harta
jauh sekali pangkat dunia
hanya kerana dia bersuara
berkata apa yang mereka selalu terkena

Mereka salah menduga
Sedang dirinya punya prinsip dan harga
dibeli tiada dijual jangan dicuba
kerana ia mencari peluang berbicara
pada takhta dan kerusi yang entahkan berharga entahkan tiada
Read More