Mendulang Mutiara Hikmah Perjalanan Hidup Nabi Ibrahim ‘alaihissalam..

Oleh:
Al-Ustaz Ruwaifi’ bin Sulaimi

Diedit oleh:
Mohd Masri bin Mohd Ramli (http://lobaitampin.blogspot.com)

Nabi Ibrahim ‘alaihissalam Seorang Teladan Yang Baik

Nabi Ibrahim ‘alaihissalam adalah seorang teladan yang baik. Perjalanan hidupnya sentiasa berpijak di atas kebenaran dan tidak pernah meninggalkannya. Posisinya di dalam agama amat tinggi (seorang imam) yang sentiasa patuh kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan mempersembahkan segala ibadahnya hanya untuk-Nya semata. Beliau juga tidak pernah lupa mensyukuri segala nikmat dan kurnia ilahi. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

(maksudnya): “Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan selalu berpegang kepada kebenaran serta tidak pernah meninggalkannya (hanif). Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang menyekutukan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dia sentiasa mensyukuri nikmat-nikmat Allah.” (An-Nahl: 120-121)

Read More

Min al-’Aaideen wa al-Faaizeen: Pujian Atau Ejekan?

Selamat hari lebaran
Minal ‘aideen wal faaizeen
Mari bersalam-salaman
Saling bermaaf-maafan
Ikhlaskanlah diri mu
Sucikanlah hati mu
Sebulan berpuasa
Jalankan perintah agama

Selamat hari lebaran

Minal ‘aideen wal faaizeen
Mari mengucapkan syukur
Ke hadirat Illahi
Kita berkumpul semua
Bersama sanak saudara
Tak lupa kawan semua
Jumpa di hari bahagia

Selamat hari lebaran
Minal ‘aideen wal faaizeen

Read More