Kejap bebenor kamu berzikir!

“Ai, kejap bebenor kamu berzikir, Amir! Apa kamu malas berzikir?” tegur sang bapa mertua kepada menantunya sejurus solat Zuhur usai didirikan berjamaah.

Mereka berdua ke masjid tengah hari itu sebelum pulang bersama menjamah hidangan tengah hari.

“Eh, taklah ayah. Saya memang berzikir seperti mana yang diajarkan Nabi s.a.w. untuk dibaca selepas solat,” jawab Amir sambil dia dan ayahnya keluar dari masjid.

Suasana tengah hari itu agak tenang dan redup. Biarpun terik mentari menyinari, namun alah bisa tegal biasa bagi mereka berdua yang selalu berjalan kaki ke masjid setiap hari.

Read More

Apabila memahami Sunnah Rasulullah SAW

“Husaini, lama tak update blog?” tanya seorang ‘peminat’.

“Ai, berita Ust Akhil tu bukan update ke?” aku cuba ‘melenting’ dengan menjawab sedemikian.

“Kami pun boleh ‘kopi pes’ berita itu, itu sekadar berita, kami mahukan tulisan, idea, dan curahan emosi anta,” jawabnya kembali.

“Amboi, curahan emosi tu…tak tahan telinga mendengar, terasa hati tergeletek, mulut saja yang belum tergelak.”

“Hari ini kita tonton video sajalah, ana rasa kadang-kadang kita terlupa pada perkara asas tetapi penting ini, ” aku menyusun jawapan.

“Video pasal apa?”

“Apabila memahami Sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.” Read More

Sekitar Kuliah Maghrib Ust Hussein Yee

Pada dua malam yang lepas, saya berpeluang mengikuti Kuliah Maghrib di Surau an-Naim, Seksyen 5, Wangsa Maju. Kuliah Maghrib disampaikan oleh al-Fadhil Ust Hussein Yee, Pengerusi al-Khaadem Foundation yang bertempat di Sungai Kayu Ara, Damansara.

Ust Hussein Yee bukan figura asing bagi saya. Telah beberapa kali saya mendengar ceramahnya baik melalui video, menghadiri markaz al-Khaadem ataupun di UIA sendiri. Namun, untuk mengikuti kuliah berkala seperti di surau ini, ini merupakan kali pertama. Read More

Solat boleh rawat penyakit kritikal?

Solat boleh rawat penyakit kritikal? Betul ke? Bukan doktor ke yang pakar bab rawat-merawat ini? Hmm..kata kuncinya di sini ialah merawat bukan menyembuhkan. Yang menyembuhkan tetap Dia, Al-Syaafi Yang Maha Penyembuh.

Selagi rawatan bertepatan dengan Sunnatullah dan tidak bercanggah dengan Syariatullah, Insya Allah Yang Maha Syaafi akan menyembuhkannya.

Read More