Hujan Emas di Sydney – Hari ke-2

10 SEPT 2018 | ISNIN | 09.00 PAGI | BLUE MOUNTAINS, KATOOMBA

Seawal 8 pagi, kami bersarapan dengan bekal ready-to-eat Syarifah yang dibawa, kemudian terus bersiap untuk check-out dari motel. Dah bersiap-siap untuk naik van ke kawasan pergunungan Three Sisters, staf motel mencadangkan agar kami berjalan kaki sahaja memandangkan kawasan tersebut hanya kira-kira sekilometer dari motel kami dan nantinya sukar untuk parkir di sana. Kami pun turun dan berjalan menyelusuri jalanraya menuju ke sana, hanya kira-kira sepuluh minit sahaja berjalan kaki. Campur sekejap-sekejap berhenti ambil gambar jadi lebihla sikit tempoh perjalanan tu.

Jujurnya, aku asalnya tak berapa tahu kenapa pergunungan Three Sisters dan Blue Mountain ini menjadi tarikan pelancong jika di Sydney cuma yang lalu diingatanku coretan sepintas lalu lagi bersahaja tentang puncak Three Sisters pernah dicatatkan dalam salah satu novel Hlovate, iaitu Contengan Jalanan. Pelancong telah ramai pabila kami tiba di sini, beberapa buah rombongan bas sekolah turut kelihatan. Ada juga pelancong tempatan yang datang dari bandar Sydney yang sempat kami tanya-tanya.

Pergunungan Blue Mountains ini adalah jajaran panjang gunung-gunung yang bersambung antara satu sama lain yang boleh dilihat dari jauh, iaitu di Queen Elizabeth Lookout. Dari Lookout point ini juga boleh dilihat puncak Three Sisters yang berbentuk 3 puncak batu yang dikatakan mempunyai lagenda di sebalik nama Three Sisters itu. Read More

Hujan Emas di Sydney – Hari Pertama

09 SEPT 2018 | AHAD | 05.30 PAGI | 30 RIBU KAKI RUANG UDARA MENGHAMPIRI AUSTRALIA

“It is almost sunrise, but I will check with the Captain and get back at you, okay,” suara pramugari Shikin memecah kesunyian dan sedikit mengganggu tidurku. Isteriku yang memanggil beliau ingin bertanyakan waktu Subuh dan tempat solat memandangkan di dalam flight, untuk waktu Subuh kami hanya akan berpandukan waktu sebelum matahari terbit.
Tidak lama kemudian, beliau kembali dan mengatakan,

“It’s almost past sunrise.” Aku yakin aku tak salah dengar. Past sunrise bukankah matahari dah naik? Tapi melihat di tingkap cermin suasana luar masih gelap, tak nampak pun cahaya macam matahari dah terbit.

Bersungguh-sungguh Shikin membantu kami untuk menunaikan solat Subuh, dicadangkan kami agar bersolat di bahagian belakang pesawat berdekatan ruang rehat krew kabin, diambilnya plastik untuk lapik dan ditutup langsir bagi ruangan tersebut agar tidak ada orang masuk. Ruang tersebut memang muat sebesar seorang dewasa solat berdiri merupakan ruang duduk krew kabin sekiranya sewaktu pesawat ingin berlepas dan mendarat. Beliau juga berulang kali ke tempat duduk kami semasa ingin memberitahu akan tempat solat yang akan disediakannya ketika isteriku ke lavaratori.
Read More