Nik Aziz minta Asri bersabar, tulis buku

MOHD. ASRI bertemu Nik Aziz di Pejabat Menteri Besar Kelantan itu di Kota Darulnaim, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin mendapat sokongan daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menasihati beliau supaya bersabar dan terus menulis dengan bersungguh- sungguh.

Menurut Mohd. Asri, kunjungan hormatnya ke pejabat Nik Aziz semalam tidak bersangkut paut dengan niat untuk menyertai parti politik seperti Pas.

“Tok guru (Nik Aziz) menasihatkan saya supaya bersabar serta terus menulis dengan bersungguh-sungguh dan boleh guna tema ‘Di sini Saya Bermula’.

Read More

Antara yang dijanjikan dan dihebahkan

Yang Dijanjikan…

Salinan surat jaminan bertulis yang diberikan oleh PGSM untuk memohon maaf secara terbuka dan menarik balik semua tuduhan terhadap Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Untuk gambar yang lebih jelas, sila klik di sini.

Bkt Mertajam (6 Nov 2009): Dr. Mohd Asri Zainul Abidin masih menunggu sehingga jam 7 malam tadi (6 November 2009) untuk Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menunaikan janji menarik balik segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya melalui permohonan maaf secara terbuka seperti yang telah dipersetujui kedua-dua pihak.-DrMaza.Com-

Read More