Hujan Emas di Sydney – Hari ke-3 (Cooranbong, Lake Macquarie, Norah Head, the Entrance)

11 SEPT 2018 | SELASA | 01.00 PETANG | MANNERING PARK, LAKE MACQUARIE

Selesai solat Zuhur, kami keluar untuk hari ini bersiar-siar sekitar Cooranbong. Destinasi pertama adalah Mannering Park, Lake Macquarie yang terletak kira-kira 20 KM dari Cooranbong mengambil masa 15-20 minit perjalanan.  Terdapat pepohon merimbun dan angin bertiup bayu sejuk menampar muka sangatlah nyaman. Walaupun baru keluar je, tapi since dah hampir waktu lunch, kami berkelah bekal di bawah pepohon sambil ditemani itik-itik liar yang cuba merapati mengecek makanan.

Lake Macquarie sebenarnya laguna air masin antara yang terbesar di Hemisfera Selatan malah saiznya 2 kali ganda lebih besar daripada Sydney Harbour. Mannering Park, salah satu tempat perhentian untuk melihat dan menikmati pemandangan Lake Macquarie dari salah satu sisinya yang luas.

Dari Mannering Park, kami ke destinasi seterusnya iaitu ke Norah Head Light House terletak di Norah Head, turun ke Selatan mendekati Lautan Selatan Pasifik, juga dalam jarak 19 KM memandu van kira-kira dalam 20 minit perjalanan. Di sini terdapat rumah api bersejarah yang berusia 100 tahun lebih, dibina sejak 1905. Read More