Saya bukan ajak tetapi suruh Asri masuk PAS – Harun Taib

KUALA TERENGGANU, 6 Nov: Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Ustaz Harun Taib yakin Dr. Asri akan menyertai PAS tidak berapa lama lagi. Namun beliau menegaskan,”Saya bukan ajak dia tetapi menyuruh dia masuk PAS.”

Ustaz Harun yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu berkata demikian ketika ditemui laman web PAS Terengganu, Buletin Online di pejabatnya, di Taman Seri Intan, dekat sini, Khamis semalam.

Harun menemui Asri baru-baru ini dan gambar mereka berdua telah disiarkan Asri dalam blognya.

“Dia menjemput saya makan petang, minum petang di rumahnya,”kata Ustaz Harun memulakan cerita bagaimana beliau ke rumah Dr. Asri

“Memang dia jemput saya makan, melalui seorang kawan, saya pun pergi rumah dia, makanlah.”

Read More

Dr Asri Jawab Tuduhan Sijil Palsu

Gambar sijil Sarjana Muda Kepujian Dr Mohd Asri daripada University Of Jordan yang menunjukkan pengkhususan beliau dalam Bahasa Arab dan Sasteranya serta Syariah Islamiyyah. Ini bercanggahan dengan tuduhan pegawai JAKIM Zamihan Mat Zain dalam Utusan.

Sila klik di sini untuk imei yang lebih jelas.

Dr Asri: Tindakan pegawai JAKIM menuduh saya membuat sijil palsu amat hina dan jijik. Seakan tidak waras dan berfikir panjang. Masakan UIA, USM membenarkan saya menyambung Ph.D dan menjadi pensyarah jika sijil saya palsu.

-Saya sendiri rasa amat lekeh untuk jawab tuduhan yang seperti ini. Cukuplah dengan rakyat Malaysia melihat gambar sijil yang disertakan ini.

Persoalannya, apakah JAKIM di belakang konspirasi ini? Jika JAKIM terlibat, nanti orang akan tanya apakah terdapat mereka dari Kerajaan Pusat juga terlibat? JAKIM jangan burukkan nama Kerajaan Pusat!

-wartawan Minda Tajdid-

Sumber: DrMaza.Com