Isu Wahhabi: Tingkap yang disangka Pintu

Oleh:
Ustaz Hasrizal bin Abdul Jamil

Apabila isu Wahhabiyyah timbul di tengah masyarakat hari ini, ia membawa saya mengimbau kenangan pahit saya melihat perpecahan yang menimpa pelajar Malaysia di Jordan pada akhir 90’an. Perbalahan tentang soal Salaf dan Khalaf telah mengucar kacirkan kehidupan pelajar dan ia terus berlarutan hingga ke hari ini. Pada masa itu, saya bermastautin di Ireland dan datang ke Jordan pada musim panas.

Read More

Nik Aziz minta Asri bersabar, tulis buku

MOHD. ASRI bertemu Nik Aziz di Pejabat Menteri Besar Kelantan itu di Kota Darulnaim, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin mendapat sokongan daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menasihati beliau supaya bersabar dan terus menulis dengan bersungguh- sungguh.

Menurut Mohd. Asri, kunjungan hormatnya ke pejabat Nik Aziz semalam tidak bersangkut paut dengan niat untuk menyertai parti politik seperti Pas.

“Tok guru (Nik Aziz) menasihatkan saya supaya bersabar serta terus menulis dengan bersungguh-sungguh dan boleh guna tema ‘Di sini Saya Bermula’.

Read More