Tag Archive for 'walimah'

Semoga dikurniai kebaikannya, Ameen!

Terasa baru sahaja kawan-kawan dan saya beramai-ramai ke walimah Asyraf dan Salwa yang berlangsung di Sungai Dua, Pulau Pinang beberapa ketika dahulu. Rombongan tim Zero4Two datang dari segenap tempat ke negeri Pulau Mutiara semata-mata untuk meraikan pasangan bahagia ini. Yang dari Ipoh sampai awal sehari, Yang dari Muar bertamu sebentar di Taiping, Yang dari Kajang […]

Saat separuh agamamu telah sempurna

“Aku terima nikahnya Farahani binti Hashim dengan mas kahwin sekian-sekian, tunai!” dengan sekali lafaz, Alhamdulillah sahabatku, bekas rakan sebilikku dan seperjuanganku, Muhamad Firdaus Sainal a.k.a Firs (baca: First) selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihannya. Aku begitu teruja pada malam itu.

Sahabat, teman dan rakan…

1. “F, ko ada sahabat tak?” persoalan dilontarkan kepada teman sebelahku oleh si Z yang tidak lain juga rakan sebilikku. Aku mengerti maksud soalannya. Bukan sekadar soalan biasa Diam mengisi ruang kosong itu sebentar. “Hmm, sahabat? Entahlah kawan…,” jawapan itu bukan aku sangkakan dan tidak jugak aku terkejut mengenainya. Aku mengerti dia juga faham maksud […]

Semoga Allah memberkati!

  Dato’ Imam Mahat bin Mohd Said. memanggil, “Asmawi Ani!” Asmawi menyahut,”Saya..” Berkata Datuk Imam Mahat, “Zawwajtuka wa ankahtuka..” Wah, dalam Bahasa Arab! Tertegun aku seketika yang mendengar siaran langsung tersebut melalui corong radio saluran EraFM

Semoga kekal hingga ke Syurga!

Esok dan lusa, 13 & 14 Disember 2008, Insya Allah saya dan rakan-rakan akan menghadiri majlis akad nikah dan walimah rakan sebilikku dan seKulliyyahku, Mohd Asyraf Mohd Ariff a.k.a. Acap dan rakan sekursus kami Salwa Zhari. Alhamdulillah, mereka bakal menjadi pasangan ketiga di kalangan 042 batch yang melangsungkan pernikahan selepas pasangan Hanif-Hayati dan Syazwan-Nadiah yang […]