Tahniah!

Blog ini jarang lagi ku kemaskini. Hatta ingin menulis kembali terasa berat dipikul. Sedangkan nampak ringan sahaja untuk dijinjing.

Perasaan yang pelbagai lagi bercampur aduk tak mampu kutenangkan.

Namun berita ini tak sampai hati nakku diamkan. Apatah lagi sekadar buat bena tak bena.

Sahabatku yang diraikan selepas Eid tahun lalu atas majlis keraian walimahnya alhamdulillah kini bergelar bapa. Tahniah untuknya!

Abu Fahim laqab untuknya, bersempena anak sulungnya Fahim yang menjengah dunia ini menurut khabarnya seminggu yang lalu. Buat sahabatku Muhamad Firdaus Sainal dan pasangan tercinta, mudah-mudahan Allah menerima doaku ini buat kalian,

“Semoga Allah memberkatimu pada zuriat yang dikurniakan kepadamu. Kamu pun bersyukur kepada Yang Maha Memberi, dan dia (Fahim) dapat mencapai dewasa, serta kamu dikurniai kebaikannya!”

Ameen!

Husaini Ibrahim@ www.husainibrahim.com
22:57 | 12 Julai 2011 | 11 Syaban 1432H
68000 Ampang

2 thoughts on “Tahniah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *