Corat-coret PA/ETM PRN Johor 2022

Aku sampai kira-kira tepat jam 12 tengah hari waktu sepatutnya aku mengganti PA sebelum aku yang telah bertugas sejak 7.30 pagi. Entah mungkin kerana pertama kali, aku telah tersilap saluran ketika mana Ketua Tempat Mengundi (KTM) saluran 4 telah pun mendaftarkan nama aku untuk saluran itu sedangkan sepatutnya aku melapor diri di saluran 7.

Saluran 4,5,6 & 7 terletak dalam dewan sekolah yang hanya dipisahkan oleh papan kenyataan menyebabkan aku tersilap saluran menyangkakan kesemua saluran di situ ialah saluran 7.

Aku terus ke saluran 7 yang terletak di hujung dewan. Gelabah lagi agaknya, KTM di situ meminta aku lalu di bahagian belakang tali, aku pula lalu di depan tali tetapi di belakang petugas SPR kerana tersalah faham.

Sebelum itu ditegurnya aku, “Lama-lama ya jaga,” memaksudkan shift kami selama 4 jam setiap orang berbanding parti lawan hanya 2 jam setiap PA.

KTM di saluran 7 lebih lenient, borang PA diisi sendiri dan borang putih (borang lantikan PA hanya dipinta setelah beberapa ketika). Tidak pula disemak pengenalan MyKAD aku seperti KTM Saluran 4 tadi.

Beberapa anekdot menarik aku catatkan sepanjang menjadi PA sepanjang 4 jam aku bertugas.

  1. Saluran 7 ialah saluran pengundi muda seramai 640 orang di pusat pengundian (sebuah sekolah cina di Bandar Renggam) ini dengan range umur dari 18 tahun ke 29 tahun (lahir dari 1993 ke tahun 2003)
  2. Terdapat lebih 5 pasangan kembar yang hadir mengundi serentak dan terdiri daripada kaum Melayu, India dan Cina.
  3. Ada hanya hadir seorang tidak bersama pasangan kembarnya.
  4. Terdapat seorang pengundi lelaki hadir berbaju pengantin. Setiap kali pilihan raya, mesti ada kisah ini, selalunya pengantin berpasangan, kali ini pengantin lekaki sahaja.
  5. 60 % daripada pengundi baru berusia 18 tahun yang mewakili pengundi baru automatik telah hadir mengundi dengan komposisi kaum yang pelbagai.
  6. Ada pengundi muda ini selepas dapat kertas undi, nak ke kaunter PACA mungkin ingatkan checkpoint seterusnya
  7. Ada juga pengundi setelah diberikan kertas undi, terus nak keluar dari saluran, mujur sempat ditahan oleh SPR bertugas.
  8. Kakaknya telah mengundi, tetapi adiknya baru saja diberikan kertas undi. Ditoleh ke belakang mahu menunggu tetapi dek telah mengundi, SPR meminta dia keluar dari kawasan saluran mengundi. Mengintai saja dari jauh menunggu di luar dewan. Kedua-duanya pengundi baru.
  9. 28 muka surat daftar pengundi untuk disemak setiap kali nama pengundi hadir disebut oleh petugas SPR. Kalau panggil mukasurat eblakang, muda lah tu. Kadang-kadang je panggil muka surat depan.
  10. Dek kerana 4 saluran diletakkan dalam dewan sekolah, bunyi bising kipas dan ruang terbuka menyukarkan semakan dilakukan. Di sinilah kerjasama bersama PA dari parti lain terjadi. Saling menyemak jika nama dan IC pengundi yang disebut petugas SPR kurang jelas.
  11. Sayangnya, habis saja waktu mengundi hanya 50% daripada 640 pengundi muda ini yang hadir membuang undi.
  12. Rupanya, saluran 7 ini saja yang beri kemenangan kepada parti lawan di sebalik 6 saluran lain di pusat pengundian ini yang menyebelahi calon kami. Ada isyarat sesuatu di situ.

Tamat jam 4 petang, PA di sebelah pagi hadir menggantikan aku dan akan kekal sehingga ke waktu pengiraan undi. Dia akan jadi CA pula. Aku mencari masjid di Simpang Renggam untuk menunaikan solat Zohor dan Asar secara jamak.

Kemudian, aku stay sehingga kesemua 49 saluran di N27 Dun Layang-Layang selesai memberikan hasil undian di war room. Kecewa tapi itulah yang telah dipilih rakyat Johor. Aku dapat memberikan sedikit sumbangan di akhir-akhir hanya pada hari pengundian dan mengutip pengalaman berharga buat diriku.

Ringkasan:

  • PA – Polling Agent
  • ETM – Ejen Tempat Mengundi
  • KTM – Ketua Tempat Mengundi
  • CA – Counting Agent

Hujan Emas di Sydney – Hari ke-4 (Featherdale Wildlife, Olympic Stadium)

08:00AM | 12 September 2018 | Cooranbong

Kami bersiap awal pagi dengan bersarapan dan bergambar-gambar bersama keluarga Kak D, bayinya yang berusia 3 bulan Zidie dan suaminya sebelum berangkat kembali ke bandar Sydney hari ini. Layanan yang warming daripada mereka menumpangkan kami selama 2 malam amatlah kami hargai sangat-sangat. Jika bukan kerana mereka, manakan kami sampai ke pekan Cooranbong yang jauh dari bandar Sydney ini dan menikmati suasana yang lain yang biasa lagi unik daripada pelancong-pelancong lain.

Sekitar jam 8.30 pagi, kami bertolak menuju ke bandar Sydney dengan destinasi pertama di perjalanan adalah di Featherdale Wildlife Park, yang terletak di Doonside, NSW untuk bertemu dengan kangaroo dan koala! Siapa tak nak jumpa kedua-dua binatang ikonik dan identiti kepada negara Australia ini.

11:00AM | Featherdale Wildlife Park, Doonside

Doonside terletak kira-kira 45km sebelum sampai ke bandar dan terletak sedikit barat dari Sydney mengambil masa kira-kira 40-45 minit perjalanan menggunakan van. Bagi pelancong yang ingin menaiki pengangkutan awam, ada tren dari Central Station ke Blacktown Station, kemudian menaiki bas ke Kildare Road dengan keseluruhan perjalanan mengambil masa sejam ke sejam setengah.

Tambang masuk: Read More

Hujan Emas di Sydney – Hari ke-3 (Cooranbong, Lake Macquarie, Norah Head, the Entrance)

11 SEPT 2018 | SELASA | 01.00 PETANG | MANNERING PARK, LAKE MACQUARIE

Selesai solat Zuhur, kami keluar untuk hari ini bersiar-siar sekitar Cooranbong. Destinasi pertama adalah Mannering Park, Lake Macquarie yang terletak kira-kira 20 KM dari Cooranbong mengambil masa 15-20 minit perjalanan.  Terdapat pepohon merimbun dan angin bertiup bayu sejuk menampar muka sangatlah nyaman. Walaupun baru keluar je, tapi since dah hampir waktu lunch, kami berkelah bekal di bawah pepohon sambil ditemani itik-itik liar yang cuba merapati mengecek makanan.

Lake Macquarie sebenarnya laguna air masin antara yang terbesar di Hemisfera Selatan malah saiznya 2 kali ganda lebih besar daripada Sydney Harbour. Mannering Park, salah satu tempat perhentian untuk melihat dan menikmati pemandangan Lake Macquarie dari salah satu sisinya yang luas.

Dari Mannering Park, kami ke destinasi seterusnya iaitu ke Norah Head Light House terletak di Norah Head, turun ke Selatan mendekati Lautan Selatan Pasifik, juga dalam jarak 19 KM memandu van kira-kira dalam 20 minit perjalanan. Di sini terdapat rumah api bersejarah yang berusia 100 tahun lebih, dibina sejak 1905. Read More

Hujan Emas di Sydney – Hari ke-2

10 SEPT 2018 | ISNIN | 09.00 PAGI | BLUE MOUNTAINS, KATOOMBA

Seawal 8 pagi, kami bersarapan dengan bekal ready-to-eat Syarifah yang dibawa, kemudian terus bersiap untuk check-out dari motel. Dah bersiap-siap untuk naik van ke kawasan pergunungan Three Sisters, staf motel mencadangkan agar kami berjalan kaki sahaja memandangkan kawasan tersebut hanya kira-kira sekilometer dari motel kami dan nantinya sukar untuk parkir di sana. Kami pun turun dan berjalan menyelusuri jalanraya menuju ke sana, hanya kira-kira sepuluh minit sahaja berjalan kaki. Campur sekejap-sekejap berhenti ambil gambar jadi lebihla sikit tempoh perjalanan tu.

Jujurnya, aku asalnya tak berapa tahu kenapa pergunungan Three Sisters dan Blue Mountain ini menjadi tarikan pelancong jika di Sydney cuma yang lalu diingatanku coretan sepintas lalu lagi bersahaja tentang puncak Three Sisters pernah dicatatkan dalam salah satu novel Hlovate, iaitu Contengan Jalanan. Pelancong telah ramai pabila kami tiba di sini, beberapa buah rombongan bas sekolah turut kelihatan. Ada juga pelancong tempatan yang datang dari bandar Sydney yang sempat kami tanya-tanya.

Pergunungan Blue Mountains ini adalah jajaran panjang gunung-gunung yang bersambung antara satu sama lain yang boleh dilihat dari jauh, iaitu di Queen Elizabeth Lookout. Dari Lookout point ini juga boleh dilihat puncak Three Sisters yang berbentuk 3 puncak batu yang dikatakan mempunyai lagenda di sebalik nama Three Sisters itu. Read More

Hujan Emas di Sydney – Hari Pertama

09 SEPT 2018 | AHAD | 05.30 PAGI | 30 RIBU KAKI RUANG UDARA MENGHAMPIRI AUSTRALIA

“It is almost sunrise, but I will check with the Captain and get back at you, okay,” suara pramugari Shikin memecah kesunyian dan sedikit mengganggu tidurku. Isteriku yang memanggil beliau ingin bertanyakan waktu Subuh dan tempat solat memandangkan di dalam flight, untuk waktu Subuh kami hanya akan berpandukan waktu sebelum matahari terbit.
Tidak lama kemudian, beliau kembali dan mengatakan,

“It’s almost past sunrise.” Aku yakin aku tak salah dengar. Past sunrise bukankah matahari dah naik? Tapi melihat di tingkap cermin suasana luar masih gelap, tak nampak pun cahaya macam matahari dah terbit.

Bersungguh-sungguh Shikin membantu kami untuk menunaikan solat Subuh, dicadangkan kami agar bersolat di bahagian belakang pesawat berdekatan ruang rehat krew kabin, diambilnya plastik untuk lapik dan ditutup langsir bagi ruangan tersebut agar tidak ada orang masuk. Ruang tersebut memang muat sebesar seorang dewasa solat berdiri merupakan ruang duduk krew kabin sekiranya sewaktu pesawat ingin berlepas dan mendarat. Beliau juga berulang kali ke tempat duduk kami semasa ingin memberitahu akan tempat solat yang akan disediakannya ketika isteriku ke lavaratori.
Read More

Hujan Emas di Sydney – Berlepas dari Changi

08 SEPT 2018 | SABTU | 06.50 PETANG | JOHOR BAHRU

Shuttle Starex yang dijanjikan untuk mengambil kami masih belum sampai, janjinya jam 06.00 petang tetapi hampir sejam masih belum sampai. Dari tanah negeri Harimau Selatan, kami akan menyeberangi Selat Tebrau ke negara Temasek untuk menaiki penerbangan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Changi.

Ini merupakan perjalananku pertama kali menaiki penerbangan dari Changi. Yelah, selalunya naik AirAsiaX dan MAS sama ada dari KLIA2 mahupun KLIA. Kitakan rakyat Malaysia mestilah nak sokong syarikat penerbangan tempatan lagipun kemudahan lapangan terbang dari segi tempat makan dan bersolat yang kita dah biasa.

FLYSCOOT (https://www.flyscoot.com)

Image may contain: 1 person, smiling

Trip ke Sydney ini ditakdirkan semasa mencari-cari tiket tempoh hari, rupanya ada rezeki nak naik FlyScoot dari Singapura. Merupakan syarikat tambang murah milik Singapura bekas TigerAir, Scoot ini kira macam AirAsia versi Singapura la. Read More

Hujan Emas di Sydney (Intro)

Sesuatu perkara yang ditakuti atau dibimbangi apabila sesudah balik satu-satu trip ialah kehilangan mood nak mengimbau semula segala kenangan semasa perjalanan yang baru berlalu lantas kenangan hanya tinggal dalam gambar-gambar tanpa ada catatan perjalanan yang lengkap.

Insha Allah kali ni aku telah memasang niat sejak awal perjalanan lagi kami ke Sydney, Australia untuk pulang nanti akan ada catatan untuk trip ini.

Read More